Apakah perbezaan
dan persamaan antara laman web dengan blog?
Blog adalah singkatan kepada Web-log.
Log pada kata dasarnya adalah catatan samada dalam frekuensi sekali sesaat,
sekali seminit, sekali sejam, sekali sehari, sekali seminggu dan sebagainya. Ia
merupakan satu catatan diari di dalam media elektronik berasaskan Internet.
Blog sesuai digunakan oleh mereka yang bukannya terdiri
daripada golongan berlatarbelakangkan IT. Blog mempunyai rekabentuk yang
ringkas dengan pemilihan tema yang sesuai. Kebiasaannya lebih ringkas sesebuah
tema Blog itu, akan mempercepatkan proses muat-turun imej dan sebagainya.
Catatan yang disimpan didalam blog, di simpan jauh (mungkin juga sebelah rumah
aje) dari komputer orang membaca blog. Blog blogbtk/www.bandartasikkesuma.com ini disimpan di Malaysia (Made In
Malaysia). Aktiviti mengemaskini blog dipanggil “blogging” manakala orang yang
mengemaskini blog dipanggil “blogger”.
Satu atau lebih fail atau lebih
dikenali sebagai mukasurat (page) yang disimpan dalam server komputer. Capaian
adalah menerusi Internet. Setiap Web site mempunyai muka surat pertama yang
disebut “Home Page” yang memaparkan maksud laman Web tersebut.
Mukasurat-mukasurat ini kemudian disambung antara satu sama lain membentuk satu
rangkaian yang berakhir dengan persembahan maklumat kepada pelayar Web. Laman
Web lebih sukar untuk dikemaskini dan kebiasaannya ia memaparkan
maklumat-maklumat berbentuk statik.